cinta bukan sekadar kosmetik…

Erm..knape ye..dlm idup ni seringkali kita tersalah buat keputusan…
Korang penah tak tgk citer salon..citer ni pasal sorg pompuan yg bernama luna..nama cam nama pensel kaler… Luna adalah seorang gadis KL yang agak sukses dalam kehidupannya.
Dia begitu pasti dengan apa yang dimahukan dalam hidup—dia pasti tentang salun kecantikan miliknya, yakin dengan produk penjagaan kulit yang diciptanya serta bahagia dengan teman-teman yang disayanginya.
Cuma apa yang Luna kurang pasti adalah perkahwinan yang menjelang tiba dengan tunangnya Zyhan, seorang lelaki yang kacak dan berjaya. Dan dalam pada yg sama Luna rapat dengan seorang penyanyi yg bernama Daniel..Daniel menganggap Luna cam sumber inspirasinya…lagu dia buat pun smua ada kne mengena ngn si Luna ni…
Luna rasa amat bersalah dengan tunangnya sbb menjalinkan hubungn rapat dgn Daniel. Dan Luna
cuba
utk bgtau kat Daniel tentang hal yg sbenarnya..tp setiap kali Luna ingin suarakan isi hati dia, mesti Daniel akan sibuk cerita tentang konsertnya, lagunya dan lain2… so Luna tak berkesempatan utk bgtau Daniel.
Dipendekkan citer..akhirnya Luna ni kantoi ngn tunang dan bf nya tu..dan dia ambil keputusan utk memutuskan hubungan dgn kedua-duanya.. Ditakdirkan Luna dan Ezra, seorang mamat yg asik bertengkar ngn dia, bertemu dan berkongsi pandangan tentang kehidupan dan kisah masing-masing.
Dalam citer ni aku tertarik dgn kata2 spupu Luna, zora yg kata psl anaconda dan ikan tu…ada spesis ikan yg sgt setia pada pasangannya.. manakala utk anaconda pulak, ia akan mencuba setiap anaconda yg lain spy jumpe pasangannya yg lebih sesuai dan serasi…heheh..
Dalam Salon, kekasih datang dengan cerita dan rahsianya tersendiri. Yang di akhirnya kita mengenal cinta - lebih mendalam dari hanya kata dan rupa.
Cinta bkn sekadar kosmetik…Bukan senang kita nk jmpe org yg dpt terima kita seadanya… Mesti nk suruh buat itu, buat ini..dan mcm2 lagi… Dan yg lebih teruk, org tu sruh kita ubah menjadi seperti dirinya supaya nmpk sepadan..kenapa yer? Kenapa dlm cinta mesti sebegitu? Atau layakkah itu dinamakan cinta?
~AKU BUKAN ANACONDA,…DAN AKU BUKAN IKAN…!! AKU HANYALAH GADIS, YG INGIN MEMAHAMI DIRINYA SENDIRI..~~

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DAN MEMBACA POST INI :)

No comments:

Daisypath Happy Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

my Supporter.^^