Tips~BETUL KE PASANGAN KAU SAYANG DEKAT KAU.?


Uols yang tengah bercinta tu tapi macam ragu-ragu dengan pasangan masing-masing macam nak tahu betul ke dia sayang uols, ha meh meh baca entri ni. I bagi tips sikit macamana nak tahu dia sayang uols betul ke tidak. Hehe, tapi setakat cinta monyet macam tak perlu tau, kita cerita tentang cinta sejati saja monyet-monyet takda T____T
Couple
  1. Si dia menganggap komunikasi dengan uols adalah penting -Memang penting ni. Kalau anggap komunikasi macam main-main je, nampak sangat macam tak serious. Ada orang memang macam rimas kalau selalu contact, tapi percayalah cakap I ni heh, masa uols dapat pasangan yang suka contact uols, hargailah ye. Jangan nanti dah putus, lepas tu dapat pasangan baru yang memang tak suka contact, haaa meroyan lah uols sesorang kan.
  2. Si dia selalu berusaha membuat uols bahagia - Kalau si dia berusaha nak buat something yang boleh buat uols bahagia, itu maknanya dia memang sayang. Contohnya kalau uols ajak teman pergi mana-mana, dia akan susah nak tolak, and dia jugak akan selalu menjaga hati, bagi dia membahagiakan uols adalah misi paling penting.
  3. Si dia selalu fikir cara untuk dekat dengan uols - Contohnya macam I ni lah, long distance relationship dengan azrai, kononnya macam ‘Cinta JB-KL’ ha gitu kan, azrai selalu lah fikir cara untuk rasa dekat. Contohnya selalu contact, surprises macam pos something untuk I, lepas tu selalu 3G ke apa, cam gitu-gitu lah kan. Walaupun macam jauh sikit, takdalah hubungan tu rasa sangat jauh. Okay tapi please, kalau nak hubungan tu kekal lama, jangan letak gambar pasangan dalam wallet heh.
  4. Si dia bawa uols ke rumah dan kenalkan pada family Okay, ingat ya adik-adik yang baru-baru nak bercinta gitu. Memang susah ni untuk adik-adik yang still sekolah, nanti Mak masing-masing kejar pakai parang ke apa kan, hehe. Tapi takpa, kita tammo cakap pasal cinta monyet. Kita cakap pasal cinta sejati yang bawak sampai ke mati lah heh. Kalau betul seseorang tu dah sayang kita, dia akan kenalkan kita dekat keluarga dia. Once dia dah kenalkan, itu bermakna dia serious dengan kita. 
  5. Si dia bagi peluang uols untuk jadi diri sendiri – Maknanya, sentiasa memahami uols. Penting ni tau. Selalunya, cinta sejati adalah cinta yang datang dan menerima diri uols apa adanya, baik atau buruk. So that, uols kena jadi diri sendiri, tak boleh duplicate orang lain heh, contohnya uols diibaratkan macam gagak tetiba nak jadi merak kan, memang tak sesuai lah heh.
Cukuplah lima isi ni kan. Karang bagi lebih-lebih terus uols yang single terus rasa macam nak bercinta. Bercinta ni memang manis, tapi kalau dah dapat yang hempedu, fuh pahitnya macam nak pergi bunuh diri, okay sila ingat Allah SWT sekarang, jangan jadi macam budak yang masuk berita nak bunuh diri sebab cinta ditolak aww tak kuasanya  T_________T

TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DAN MEMBACA POST INI :)

No comments:

Daisypath Happy Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

my Supporter.^^