Saya mahu dipanggil 'kekasih'

Assalamualaikum...

Satu kisah yg menjadi pengajaran buat ku....hayatilah setiap perkataan yang diberi... semoga jiwa dan hati sentiasa ingat kepada yang MAHA ESA ....

Ain,kalau ana panggil..menyahut ye' kata ustaz afiq. dari tadi, tidak berhenti mengucap. tidak lekang dari bibir..hasbunallah wanikmal wakil,fanikmal maula wanikmannasir.sudah lama saya ingin merasai. liang lahad betul2 berada dihadapan saya.bismillahirrahmanirrahim..saya berbaring didalamnya,mengiring ke kanan..menghadap kiblat. jam 3 pagi..sejuk,teramat sejuk. 'ya Allah..sudilah kiranya Engkau tunjukkan kepadaku bagaimanakah kubur menerimaku jika aku mati pada hari ini,dengan amalku yang tidak seberapa,denganilmu yang sedikit cuma..moga ia menjadi peringatan bagiku,moga bertambah takutku padaMu' saya pasakkan niat. liang lahad ditutup. takut? ya! amat. saya merasa kesepian. istighfar...mata dipejam. tiba2 saya merasa cukup tenang,seolah2 saya dipeluk... cukup selesa. saya merasa badan saya cukup ringan. seolah2 saya berada dalam ruang yang cukup lapang.. 'Wahai kekasih Allah,bangunlah dari tidurmu.. Allah sedang menantimu'suara itu..berbisik di telinga kanan saya. saya bukakan mata...lantas berdiri. Allah... menitis air mata saya saat itu juga. cukup indah pemandangannya..sukar digambar kata2. bermimpikah aku ya Allah... 'mendekatlah kamu ...' suara itu lagi.saya cuba melangkah,..apabila tiba2 terasa pasir memasuki hidung. subhanallah3.. saya terjaga. ya,pasir memasuki hidung. sedangkan saya berpurdah.'ain...' suara ustaz afiq.'ya..''ain ada 30 saat lagi..'usai 3 minit.. liang lahad dibuka. saya bangun berdiri..masih menyeka air mata. bukan kerana takut..tapi kerana bahagiaustaz afiq memberi pencerahan. dia bertanya 'rasa keseorangan?'saya mengangguk. lidah saya kelu..untuk mengkhabarkan apa yang berlaku ke atas diri saya. ya,saya merasa keseorangan pada awalnya.. tapi saya yakin Allah sedang menemani saya'wahai kekasih Allah...' Allahurabbi...suara itu seolah2 memanggil hati saya. kaki saya lemah..menggeletar satu badan saya. saya jatuh terduduk. "kekasih". Allah..cukup membahagiakan bila dipanggil begitu. Allah..jika diri saya yang saya rasakan masih hina,amal yang tidak seberapa..ilmu tidak setinggi mana,jika begitulah kubur menyambut saya...bagaimana pula keadaan orang2 yang lagi tinggi darjatnya daripada saya di sisi Allah. saya menangis lagi..'ya Allah,jika Engkau beriku tempoh setahun untuk teruskan hidup.. nescaya aku tidak akan sabar. jika beginilah Engkau menyambutku.. sekarang juga aku mahu mati."detik hati saya. menangis lagi. tubuh masih menggeletar.tidak berhenti memuji,tidak berhenti istighfar. Allah.. saya diminta untuk berada didalam liang lahad cuma 3 minit. tetapi saya merasakan seolah2 sudah sejam berlalu..tidak bermakna bila berlaku nya perkara begini ke atas saya,maka saya sudah cukup untuk merasa selesa.tidak! pengakhiran seseorang hamba itu tidak pasti lagi apakah berakhirnya dalam husnul khatimah mahupun tidak. moga saya terus thabat dan istiqamah pada jalanNya.. amiin.saya mahu dipanggil kekasih! saya mahu itu... dan saya juga mahu kamu juga dipanggil begitu oleh Allah. nikmat yang cukup besar.. bila dipanggil sebagai kekasih pada Maha Penyayang ...‪
#‎mati‬ itu permulaan pada kehidupan yang kekal.
sabda Rasulullah s.a.w 'sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman2 syurga dan merupakan lubang dari lubang2 neraka'corakkan kehidupan dunia dengan ilmu dan amal,moga syurga menjadi destinasi terakhir.subhanallah3  


TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DAN MEMBACA POST INI :)

No comments:

Daisypath Happy Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

my Supporter.^^