Tahan selagi mampu...

2Januari2014 (Malam Jumaat*Hari Khamis)

Aku rasa sakit ni macam x juga berubah....so aku buat macam biasa, pergi kerja dan sewaktu kerja, sakit ini menyerang aku setiap lima minit...sakit ni macam dia datang sekejap dan kemudian dia pergi...dia datang dan kemudian dia pergi...aku masih bertahan, buat seolah-olah macam takda sakit apa-apa...makin lama aku rasa pinggang aku ni macam kene tusuk dengan sebilah pisau rambo....

Tuhan saja tahu betapa aku sakit waktu ni...tapi aku bertahan juga, aku buat macam seolah-olah aku tak sakit bila berada di waktu kerja walaupun setiap lima minit sakit ini mencengkam pinggang aku....Aduhhh Tuhan saja tahu aku rasa macam dah tak bermaya sebenarnya tapi aku kuatkan semangat dan cekalkan hati aku....supaya bertahan dan terus bertahan denga ujian sakit ini...

Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)


TERIMA KASIH KERANA MENYINGGAH DAN MEMBACA POST INI :)

No comments:

Daisypath Happy Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

my Supporter.^^